Sunday, 21 August 2011

Kemuliaan Malam Lailatul Qad'r


Assalamualaikum.
Pada bulan Ramadhan ada satu malam yang paling dinantikan oleh seluruh umat islam. Malam yang sangat ditunggu-tunggu itu adalah (malam) lailatul qadar. Pada (malam) lailatul qadar itu Allah memberikan rahmat dan keampunan kepada hamba-hamba yang bangun untuk melakukan amal ibadah kepadaNya.
Pada (malam) lailatul qadar itu pahala amal ibadah yang dilakukan akan dilipat gandakan oleh Allah menyamai dengan pahala beribadah selama 1000 bulan. Ianya adalah satu anugerah dari Allah kepada hamba-hambaNya yang bertakwa.
Firman Allah dalam surah Al Qadr yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada (malam) Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar itu?. Lailatul Qadar itu adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala urusan(yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.”
Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk menghidupkan (malam) lailatul qadar dan mengerjakan amal ibadah pada malam ini kerana mengharapkan keredhaan Allah. Peluang yang diberikan pada (malam) lailatul qadar ini hendaklah digunakan dengan sebaiknya bagi mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah.
Bilakah berlakunya (malam) lailatul qadar?
Sebagaimana yang kita tahu, (malam) lailatul qadar sudah pasti akan berlaku pada bulan Ramadhan. Dan waktu akan berlakunya (malam) lailatul qadar ini adalah pada salah satu malam daripada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Maka kita hendaklah berusaha mencari (malam) lailatul qadar ini pada 10 malam yang terakhir bulan Ramadhan.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Carilah lailatul qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.”- (Hadis riwayat Bukhari)
Jika kita dapat melihat betapa cantiknya Allah dalam mendidik hamba-hambaNya. Setelah 20 hari Ramadhan diri kita telah di didik untuk melakukan ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain. Jiwa kita telah bersih dan iman kita juga semakin bertambah. Pada 10 malam terakhir ini adalah waktu yang terbaik untuk kita mempertingkatkan lagi amal ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan berusaha untuk mendapatkan (malam) lailatul qadar.
Meningkatkan Lebih Banyak Amalan
Pada malam 10 terakhir Ramadhan kita berusaha untuk meningkatkan lagi amal ibadahyang biasa dilakukan pada malam-malam sebelumnya. Ibadah yang kita lakukan pada (malam) lailatul qadar ini pahala amalan akan dilipatkan gandakan oleh Allah. Kita bangun pada malam harinya untuk melakukan ibadah qiamullai dan kita melakukannya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Segala ibadah yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan akan diterima oleh Allah dan pahala akan dilipat gandakan.
Berdoa Beroleh Kesejahteraan Dunia dan Akhirat
Pada (malam) lailatul qadar adalah di antara waktu-waktu yang mustajab untuk kita berdoa kepada Allah. Semoga Allah memakbulkan doa-doa yang kita mohon pada (malam) lailatul qadar ini. Kita boleh berdoa memohon kepada Allah apa sahaja yang kita inginkan. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh apa sahaja hajat  yang kita inginkan. Berdoalah kita semoga diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Berdoa juga untuk kebahagiaan saudara-saudara kita yang lain.
Memohon Keampunan Dosa-dosa
Kita hendaklah sentiasa memohon keampuan kepada Allah di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan. Pada (malam) lailatul qadar adalah waktu yang sangat baik bagi kita membersihkan diri dari segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Kita hendaklah memperbanyakkan bacaan istighfar kepada Allah dan melakukan solat sunat taubat. Semoga Allah akan memberi keampunan atas segala dosa-dosayang telah kita lakukan. Lailatul qadar akan menjadi malam untuk kita suci dari segala dosa-dosa jika kita ikhlas memohon keampunan kepada Allah.
Membersihkan Jiwa Dengan mengingati Allah
Pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan hendaklah kita lebih mendekatkan diri kepada Allah. Lailatul qadar adalah waktu yang paling baik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Pada (malam) lailatul qadar ini hendaklah kita memperbanyakkan menyebut nama Allah dengan berzikir. Hati kita akan menjadi tenang apabila selalu menyebut nama Allah. Allah akan memberi ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hambaNya yang beriman, yang banyak menyebut  nama dan mengingatiNya pada (malam) lailatul qadar ini.
Lailatul qadar adalah satu anugerah Allah yang sangat besar kepada umat islam. Kita melakukan ibadah pada (malam) lailatul qadar kerana ingin mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah. Kita hendaklah meyakini sepenuhnya akan ketibaan (malam) lailatul qadar  ini. Lailatul qadar akan dapat kita jumpa jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk bertemu dengannya.
Kita tidak mengetahui bila akan berlakunya (malam) lailatul qadar ini. Tapi kita hendaklah melakukan persediaan yang secukupnya bagi bertemu dengan (malam) lailatul qadar ini pada satu malam diantara 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Lailatul qadar ini adalah lebih baik daripada malam-malam yang lain dengan mendapat pahala seperti melakukan ibadah selama 1000 bulan.
Sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan melakukan amal ibadah dengan penuh keikhlasan pada (malam) lailatul qadar bagi mendapatkan keberkatan yang ada pada malam ini. Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan pada (malam) lailatul qadar ini akan diterima dan diberkati oleh Allah.

Friday, 19 August 2011

kemenangan & kegembiraan Hari Raya

selepas berjuang dalam puasa selama sebulan, ramadhan akan berlalu akhirnya...

inilah yang merunsingkan aku.. merunsingkan ramai pihak yang benar benar mencari apa sebenarnya ada dalam ramdhan.

kedatangan kembali puak puak iblis dan syaitan yang dilaknat ALLAH SWT, dilaknat seluruh hamba ALLAH SWT yang beriman. mereka ini amat berdengki dgn keimanan orang islam.Dengki dan khianat mereka umpama api yang mambakar dedaunan kering, yg merembat habuk, asap, bekas2 bakaran ke merata tempat..

sebulan dalam bulan ramadhan kali ini ternyata aku membuat persiapan yang agak kental.
makan hanya cukup berpada pada, dan akibatnya menjadi keletihan satu hari walaupun subuh da mkn sahur. makan pun sekadar secukup telan saja.  niat dihati kali ni nak jaga seluruhnya, jaga nafsu makan, nafsu bercakap, mendengar, melihat, mendidik hati jgn berfikir buruk, membuang segala kekotoran dihati & fikiran.. dlm segi ibadah, aku agak ketinggalan melaksanakan solat sunat teraweh, ini kerana aku keletihan satu badan akibat menjaga diri dari memakan keterlaluan semasa berbuka atau bersahur.

niat dihati kali ini, biarla aku kurang bersolat teraweh, tapi jiwa tetap dapat terisi dgn tadarus AL Quran, itu alhamdulillah, dapat aku lakukan. dan pada aku, setiap kali aku melalui ramadhan, setiap kali juga aku belajar sesuatu.

ramadhan ada 30 hari dan terbahagi kepada 10 hari setiap 3 bahagian... bermakna setiap bahagian harus ada peraturan dan cara ibadahnya tersendiri. alhamdulillah, byk yang aku belajar kali ini dan dapat amalkan.. ALLAHUAKBAR, semoga ALLAH SWT menerima aku sebagai hambaNYA disisiNYA.. semoga DIA berkenan menerima ibadah aku hambaNYA yg ikhlas ini. insyaALLAH..

cerita tentang ramadhan ni sebenarnya memg semua orang tahu sudah hampir berakhir tempoh lawatannya kepada kita. dia akan pergi, dan akan kembali selagi alam dunia ini masih wujud. ALLAH SWT saja yg kekal selamanya.. ALLAHUAKBAR...

dari apa yg aku pelajari, masih ada ruang ruang untuk mencari malam lailatulqad'r.. kata orang, cari di malam ganjil, di tgh malam, sinar matahari redup saja pada harinya.. kan.. tp ntah la, pada aku, masih terlalu jauh utk aku gapai semua tu. tp usaha tetap usaha, ALLAH SWT saja yang tahu kejernihan hati hambaNYA... dgn kejernihan itulah DIA titipkan keihlasan, dan melalui keikhlasan itulah hamba hambaNYA beribadah kepadaNYA.

malam terakhir iaitu malam raya juga adalah malam yang teramat penting untuk berdoa.
dia pada malam itu tersangat lah dimakbulkan ALLAH SWT. disebalik kesibukan  org lain membuat persiapan, barangkali ada org yg sibuk dihadirat ALLAH SWT. dan mereka ini pastinya yang bukan calang calang ahli ibadah yang berilmu tinggi. masakan mereka mampu menongkah arus demi cinta kepada ALLAH SWT, Tuhan yang maha menyayangi.

subhanallah, segala puji bagi ALLAH, indah bukan ramadhan bagi hamba hamba ALLAH SWT yang islam ini..

justeri itu, selagi hayat ramadhan ini masih ada, kembali lah kalian padaNYA, dia masih menanti. jgn biarkan ramadhan terlepas dgn ibadah ringan kita seperti tahun tahun sebelumnya... paksa lah diri, cari lagi kemuliannnya.. hati kalian sendiri lah yang akan merasainya nanti..

raya akan tiba, nanti aku post lagi ya. 

cari .. cari .. cari. mana kemanisan iman di hati 




Monday, 15 August 2011

Tanda anda bayi tahun 80an......... :)


First sekali kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yangberlubang, kene laa tampal. Ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen, 40 sen dan the next year mendadak naik 50 sen...pulak tue wajib beli lak...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning. Pukul tapak tangan...kan? Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin. Ni for those yg dok KL laa time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. For those yang kat tengah2 bandar JB, lepas sekolah mesti lepak kat Komtar or paling klass Kotaraya area Memory lane. Ada plak yang tersadai tunggu awek or pakwe zaman cinta2 monyet kat P.O (Post Office). Yang dari Convent, SIGS, EC, SDJ, SETA, Yahya Awal and all kinds of school bleh jupe kat depan MBJB tue. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka s tebal laaa...internet? email? mendalah ape tu?CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, DingDang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.tak dilupakan, 'Ti Kam'. Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', ting-ting, 'Police & Sentry', kejar2 duduk...kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 colortu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. Baling2 kapur laa. hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'. Bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown ' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak diorg lahir.CD pun wujud time diorg lahir.Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'. Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone.

Hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace artikel ni, korang akan terpikir utk forward or bacakan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!!Teringat zaman2 dulu kan?Cheers to the 80s yeayyy!


hehe....suke sangat-sangat dengan entri kali ni. Memang mengungkit kenangan asa silam :)

Sunday, 14 August 2011

Aku Hanya Seorang Lelaki yang Biasa


Aku hanya seorang lelaki yang biasa, yang hanya mampu mencoretkan bait – baitkan kata kepada bakal isteriku, yang aku sendiri masih dalam mencarinya.


Dengarlah luahan hatiku, seorang lelaki biasa..


Tak terasa sudah demikian lama kita hidup di dunia ini. Bergelut dengan kefanaan yang seolah tanpa hujung. Padahal, kelak akan kita punah menjadi tanah. Kita terseret, lalu terbawa hingga kadangkala lupa jalan pulang pada kematian. Andai terus saja kita ingat akan itu semua, tak mungkin diri resah akan dunia setelah kematian
Wahai bakal isteriku, wanita yang tak pernah kuketahui siapa engkau,
Kadangkala aku merasa resah. Jika malam kian gelisah, kerana tak jua aku mampu menemukanmu. Selimut tidurku tak cukup untuk mengusir dinginya malam. Solat wajibku terasa tak sempurna jika tiada seseorang mendampingi di sisi. Ingin rasanya ku laungkan ayat-ayat cinta Allah dalam setiap  solatku bersama dengan mu dan anak-anak kita kelak. Aku menjadi imammu dan kau makmumku.

Wahai bakal isteriku, yang Allah ciptakan untuk mendampingiku,
Setelah solat Maghrib mahupun waktu-waktu seperti biasanya, kau membacakan ayat-ayat Alquran untuk dirimu dan Tuhanmu. Ingin, rasanya ku dengar suara syahdumu, ingin rasanya kita alunkan bersama ayat-ayat cinta-Nya. Kita baca dengan suara yang mengalun dalam hati penuh kerinduan pada Allah dan RasulNya.  Satu ayat pun cukup. Kerana, setelahnya ada keimanan yang terpancar di rumah kita. Rumah tanpa kata, rumah sederhana yang hanya ada tawa dan gurauan bahagia penuh cinta.

Tahukah kau bahawa setiap kali aku memulai aktiviti seperti ada yang kurang jika ku toleh ke kiri ke kanan. Alangkah indah rasanya bangun sepertiga malam, mengerjakan dua Rakaat dan bermunajat pada Rabb Allah SWT Tuhan kita. Kita mengadu bersama padaNya. Bersama menaruhkan kerinduan padaNya. Menguntai kata berselimutkan iman, hingga tak terasa air mata berlinang di pipi kita. Kau memandang ku, lalu ku usap air matamu. Subhanallah, pipimu merona merah kala kita berpadang mata. Duhai indahnya.

Wahai bakal isteriku,

Sekelumit inginku, keinginan sederhana keinginanku sebagai lelaki yang biasa-biasa sahaja. Hari-hariku memang sangat biasa-biasa saja. Hidupku dipenuhi hanya dengan hal-hal yang sederhana. Jika kau kelak dipertemukan denganku secara nyata, ku mohon kau terima aku kerana Dia, kerana Allah dalam setiap do’a panjangmu dan istikharahmu. Ku mohon agar kita mampu membuang sifat tamak dan kesombongan. Agar, kita boleh menjalani  rumah tangga dengan kesyukuran kelak.
Kau cerminku, aku pun cermin mu. Maka ku usahakan dalam diri ini selalu setia pada jalan-Nya. Kadangkala memang jalanku tak sempurna, belok kesana ke sini. Aku pun bukan lelaki dicintai syurga, tetapi aku berusaha menjadi yang terbaik dengan caraku. Aku usahakan agar seirama mungkin pada kebenaran. Maka, do’akanlah aku agar dapat sebanding imanku dengan imanmu. Kebaikanku dengan kebaikanmu

Wahai bakal isteriku, yang ku rindukan dan tak ku ketahui engkau siapa,
letih rasanya pencarian ini, seperti keletihanmu untuk menantiku menemuimu. Tetapi, aku selalu menyimpan harapan yang suci, dan berusaha menjadikan ahlak ini bolwh dan mampu kau pandang dengan sesederhananya. Memang tak sebaik lelaki yang kau kenal kesolehannya tetapi aku akan berusaha semampu yang aku boleh.
Namun, jika tiba waktunya aku memang tak seperti yang kau inginkan, aku harap pandanglah aku kerana ketulusanku.

Wahai bakal isteriku,

Mari kita timbang kita susun dalam doa – doa padaNya. Kita jadikan doa sebagai senjata yang paling ampuh. Senjata untuk saling menemukan juga senjata untuk mengimbangi hiruk – pikuk dunia yang melenakan. Semoga kita saling menemukan.
Sampai disini sementara coretan ini buatmu. Luahan dariku lelaki yang biasa sahaja, dengan hidup yang sederhana. Tunggu coretan selanjutnya dariku hingga kita saling bertemu dalam munakahat. Semoga kamu masih bertahan dan aku pun tetap pada jalan-Nya.

“Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah-Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini
akan jalannya yang benar
Penuhkanlah muara hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini
dengan makrifat, pengetahuan sebenar-benarnya tentang-Mu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada’ dlm perjuangan Agama-Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya Rabbal Alamin..

Saturday, 13 August 2011




Mutiara Kata..
Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab
Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.
Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus
Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.
Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.
Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille
Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun
Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah
Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.
Apabila sempuran akal, kurang perkataan. – Saidina Ali Abi Talib
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…
Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.
Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.
“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.
Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan
Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap mata akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menutup dari melihat sesuatu yang haram, mata yang berjalan malam dalam jihad pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.


Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke 
sana
Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
( Gah , suamiku seorang jutawan)
tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
( Wah, isteriku seorang selebriti)
ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
( Wah, suamiku seorang negarawan)
pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah
Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
"Soleh dan solehah"

Saturday, 6 August 2011

Cinta Ini Begitu Sukar Ku Larang Ya Tuhan....


pertama kali terlihat, 
seolah aku melihat senyuman dari wajahku sendiri.
ntah dari mana wanita ini datang! dia datang dengan racun yang hampir meruntuh dan membunuh ego diriku.


racun wangian tubuhnya membuat aku lupa pada alamdan isinya,
dia datang seolah tiada tangan yang mampu menghalang dirinya. seolah tiada siapa yang mampu bertanding dengannya...


debaran seakan mengetuk jiwa aku! debaran menghangatkan jiwa aku!
debaran membuat fikiranku bergelora! 


persis sejenis debaran tatkala melihat nuklear meledak kencang, yang membunuh hancur apa saja!


Aku bingung dan keliru..
bahkan akuu bertanya kepada Tuhanku..


"Ya Tuhanku, tuhan pemilik cinta dan kasih sayang, 
Apakah erti dari debaran yang meledak hebat dijantungku ini. 
bukankah engkau tahu bahawa aku mudah melalui kejadian kejadian seumpama begini.?
tiadalah aku merasa sebegini sperti saat ini. YA ALLAH Ya Tuhanku, Tuhan yang selalu mencintai hambaNya, Apakah sebenarnya yang Engkau Mahu aku rasa, Apakah yang  sebenarnya yang mahu Engkau tunjukkan padaku........

Ingin ku beri padamu

hati kecilku terus terusan bergumam sendirian...


mengertikah dia dari renungan aku ini ?


ketika aku semakin tak sanggup menatap wajahnya, ketika itu juga aku tidak sanggup berpaling dari wajahnya..


jiwaku semakin berteriak keras


SIAPA WANITA INI.. !!!


Dia hadir dengan egonya sendiri, tapi hancur keras meledakkan lunyai ego angkuh ku!!


SIAPA DIA.. !!


mengapa kedatangnnya merembat keras ego angkuhku, yang sebelum ini keras menghambat 
wajah sesiapa saja keluar dari jiwaku...!



Ahh wahai wanita itu,


aku mahu kau tahu tentang munajatku ini kepada Tuhanku.


YA ALLAH, Tuhan pemilik hati setiap manusia, yang berhak membolak balikkan hati manusia,
biarkanlah aku tenggelam dalam limpahan kasih sayang dan rahmat dari Mu, 
biarkanlah kurasakan dahsyatnya debaran halus diantara deburan rindu yang membungkam.
dengan segenap hati aku memohon, sentuhkanlah hati ini dengan wanita pemilik jiwa suci itu,
YA ALLAH dengan segenap kasih sayang dan suci rahmatMu, melalui bening tatapan pandangan suci hati kami berdua ini ;


IZINKANLAH AKU MELIHAT, MENYINTAI & MEMILIK HATI SUCINYA ITU.......


IZINKANLAH YA TUHAN....

Hmm...