Kau & Aku
jika ingin bertemu denganku,
maka jejaki lah aku dengan jalanku.
jalanlah engkau dengan jalanmu,
hal aku dengan jalanku.
jika kau punya keinginan,
aku melihatmu dengan kesanggupan.
ketika sampai dipintu hatiku,
ketuk perlahan-lahan.
masuk dengan salam,
singgahsana utk mu di kiri
singgahsana utk ku di kananmu.
apa yang kau jumpai sepanjang mendatangi ku,
harus kau tahan dan telan tanpa kata, biar bertitis-titis airmatamu..
Aku cuba menghapus kumis peluhmu sepanjang perjalanan, mengganti dengan wangian seluruh kehidupan!
Aku cuba menghidangkan mu manisnya kasih dan sayang!
Aku dodoikanmu dalam pelukan AsmaNya, dalam bisikan ShahadahNya, dalam khusyuk solat mengingatiNya..
moga tiada lagi terimbas perit jerih sepanjang perjalananmu kemari...
Nah! aku melihat titis air matamu,
inilah engkau .. sudahpun sampai kesisiku..
Iaitu Aku yang selama ini menjadi terahsia disisimu..
Dengan izin ALLAH YAng Maha Kudus ...
No comments:
Post a Comment