Sunday, 31 July 2011

Energi Zikir & Karramahnya




Dalam firmanNYA, ALLAH SWT mengingatkan dan menjelaskan, bahawa sesungguhnya orang yan g berzikir itumendapat keuntungan yang besar. ALLAH SWT bukan memberi penjelasan dengan tujuan untuk menipu kerana DIA terpelihara dari sifat-sifat keji. JanjiNYA adalah tepat dan benar. Sudah tentu orang yang mengingatiNYA (berzikir) akan mendapat keuntungan dan pahala besar, baik didunia ataupun akhirat.
ini sebagaimana dijelaskkan ALLAH SWT didalam Al Quran yang bermaksud:


"sesungguhnya berjayalah orang yang (setelah menerima peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang  (dengan khusyuk)


                                                                                  (Al-A'laa : 14-15)


Berikutan dengan peringatan, sudah tentu kita mahu mengetahui apakah keuntungan yang dijanjikan itu. sudah menjadi fitrah manusia, mengharapkan penjelasan terhadap sesuatu yang dijanjikan serta mahukan huraian yang memnuaskan sebelum mereka cenderung untuk menerimanya.


seperti perihal  zikir, semua manusia mahu tahu kedudukannya yang sebenar. apa maksud keuntungan itu.. ? cuma yang menjadi masalah, apabila mengetahui ia membawa keuntungan, manusia dengan tiba tiba menjadi rajin untuk melakukan sesuatu. apakah janji itu hanya pancingan untuk meransang manusia agar rajin mengingati ALLAH SWT..??


dalam perkara ini, harud diingatkan, janganlah setelah tahu ada keuntungan yang bakal diperolehi, kia menjadi rajin dan berharapkannya. kita menanti keuntungan itu dengan berzikir. jika begitu,bermakna kita sudah tidak ikhlas dalam beramal. keadaan itu merosakkan tujuan amal ibadah dan atlamat amalan kita (berzikir). padahal kita diperintah secara ikhlas seperti firmanNya bermaksud :


"Dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNYA semata mata."
                                                                            (Al-A'raf:29)


Sebenarnya, banyak rahsia dan keuntungan yang bakal diperolehi oleh seseorang yang kuat berzikir kepada ALLAH SWT. keuntungan itu satu realiti yang tidak boleh dinafikan, antaranya ialah hati menjadi tenteram seperti yang dinyatakan didalam AL Quran yang bermaksud:


"ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang dan tenteramlah hati manusia"
                                                                            (Ar-Ra'd:28)


A. MENYEBERANGI SUNGAI LADUNNI


disini akan diterangkan mengenai "hakikat" atau rahsia peribadi yang diperolehi olehh seseorang yang berzikir. lebih tepat lagi ialah rahsia rahsia kerohanian dan juga menyeberangi 'Sungai Ladunni' oleh seseorang yang telah sampai ke makam zikir  yang sebenar.


Zikir menyucikan diri seseorang. dengan pengalaman itu, kita dapat mengerti bahawanatijah sesuatu zikir  itu bukan setakat mengawal manusia agar betul dan bergerak di atas paksi Tauhid semata mata. Tetapi ia bertujuan  untuk mempastikan kita agar sentiasa mengingati dan berikhtiar untuk melekatkan diri kita dengan sifat sifat yang  ada pada ALLAH SWT.


peranan zikir sebenarnya lebih jauh dari itu. Ia merupakan penawar bagi mengubat, membersih, menyuci dan menggemukkan batin dan yang paling penting, ia membuka "Nur Qalbi" serta menghancurkan ketulan darah kotor yang bergantung dihujung jantungm yang dinamakan "ISTANA IBLIS"


itu peranan yang lebih penting, kuasa yang ada kepada zikir boleh menrangi seluruh hati kita dengan cahaya ALLAH SWT (NURULLAH). ini akan berlaku apabila kita sudah memperolehi apa yang dinamakan "PIALA ZIKIR"


B. PENGLIHATAN (BASIRUN) DAN PENDENGARAN (SAMI'UN)


Apabila batin kita sudah diselimuti dengan zikrullah, maka seluruh batin akan cerah dan berfungsi baik seperti malam yang diterangi bulan purnama. orang yang mencecah kepada zikir itu akan memperolehi mata batin (basirun), telinga batin (Sami'un) dan sebagainya.


apabila hati sudah diterangi cahaya ALLAH SWT, maka batin akan berfungsi dan dikala ini kita akan dapat memakrifatkan kepada ALLAH SWT. proses pemancaran cahaya zikir itu seperti proses pemancaran cahaya matahari yang tertimpa ke bulan  dan (refleksi) cahaya yang nyaman, lembut, dan romantik ke bumi.


Apabila sampai ke tahap ini, seseorang ahli zikir dapat mengetahui sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh mata , dapat ditangkap oleh mata batinnya, sesuatu yang tidak dapat didengar  oleh telinga tapi boleh didengar oleh telinga batin dan begitulah seterusnya.


keistimewaan mereka yang sudah dapat menguasai hakikat zikir ini menyebabkan dia dapat mendengar dan faham segala gerak geri alam, haiwan, serangga dan juga desiran daun kayu, ombak, hembusan angin dan sebagainya. Orang yang menduduki makam ini juga kadangkala bercakap sendirian (walhal sebenarnya dia bercakap dengan isi alam).


matanya dapat melihat pada waktu malam atau dikala alam gelap gelita. Dirinya dapat mengetahui sesuatu yang berlaku meskipun sebenarnya dia sedang tidur.


Dia juga mendapat maklumat tepat mengenai apa apa yang akan berlaku ke atas dirinya dan dunia dalam sekitar tempoh 40 hari seperti tarikh kematiannya. Pendeknya, segala rahsia ALLAH SWT yang tidak dapat disingkap olehh anggota dapat disingkap melalui batinnya.


keistimewaan ahli zikir yang sampai  ke peringkat itu bukan setakat itu sahaja, malahan dia dapat bertahan lapar, haus dan menahan sakit dan penderitaan zahir yang lain.


tubuh mereka menjadi kebal daripada sakit  dan pedih. zikir itu sebenarnya menjadi penebat pada tubuh mereka. kerana itulahh kita mendengar ada para wali wali ALLAH SWT yang tidak makan bertahun lamanya, sesetengahnya pula meriindui kesakitan dan kematian.


seseorang wali ALLAH SWT yang telah sampai ke peringkat zikir yang memencahkan rahsia mampu hidup beribu tahun tanpa makan minum.  kisah atau hakikat ini bukan dongengan atau satu kempen mendorong kita untuk memiliki ilmu zikir, tetapi merupakan  satu kenyataan yang diberitakan dalam AL Quran.


C. ZIKIR MAKRIFAT.


Demikian juga dengan apa yang berlaku keatas para Nabi. Mereka memperolehi kelebihan,  keistimewaan dan kemuliaan, (karamah) kerana mereka benar benar menguasai "ZIKIR MAKRIFAT". Nabi Ibrahim walau dicampak dalam api, namun ia tidak sedikit pun mencederakan jasad baginda walau seurat bulu roma sekalipun.


NAbi Nuh a.s, walau seluruh kaumnya mati kelemasan akibat banjir besar, tetapi baginda tetap selamat. zikir zikir Nabi Nuh as, menyebabkan air tidak masuk ke dalam bahteranya


   Demikianlah hikmah dan rahsia zikir sehingga ia menjadikan seseorang itu dikurnia karamah baginya dan kelebihan yang jarang diberi hak milik kepada orang ramai.


walau bagaimanapun, suka saya ingatkan , jangan kita berzikir semata mata mengharap segala karramah atau perkara perkara yang luar biasa itu. niat sebegitu adalah melencong, takinlah, kalau kita melakukannya dengan niat tersebut, segala yang kita hajati itu tidak akan tercapai.konsep dalam beramal ialah tidak boleh ghairah dan mengharapkan apa apa ganjaran.


Tambahan pula, berzikir demi mengharapkan sesuatu akan mengganggu keihklasan. amalan yang tidak ikhlas tidak membawa sebarang makna dan membuat amlan kita itu menjadi sia sia pula.


sebaliknya, berzikirlah untuk menunaikan kewajipan kita terhadap ALLAH SWT dalam usaha untuk "kamil-mukammil" denganNYA.


keramat atau kemulian itu datang tanpa kita sedar.

Monday, 25 July 2011

Takdirkah Suratan Ini.

setiap orang, semuanya melalui duka dan gembira segalanya..


segalanya sama ada mahu atau tidak, terpaksa menerima .. tidak ada yang terkecuali.


kadang kadang, kita melihat setiap yang berlaku adalah dari tangan kita sendiri, iaitu hasil perbuatan kita sendiri. tapi, kita tak melihat dari suatu sudut, yang segala setiap yang terlintas atau terdetik di hati untuk lakukan setiap perbuatan, 
itu datang nya dari ALLAH SWT.
Dialah yang maha mengetahui sedalam mana hati kita melakukan & menerima setiap perbuatan..


Akan kebanyakkannya, yang baik itu datang dari ilham atau perancangan ALLAH sendiri. Dia tak menzalimi hambaNYA. malah amat menerima Taubat setiap hambaNYA yang datang dalam keadaan penuh dosa2. selagi nafas belum terhenti, selagi hayat masih ada, Dia tetap menerima taubat hamba hambaNya.. 


walaupun sebesar bumi dosa, walau sekecil hama dosa, Dia akan menerima taubat dan Mengampunkan semuanya...


oleh demikian, serulah namNYA yang 99, dan taat lah apa yg diperintahkan melalui AL Quran dan lidah RasulNya Muhammad SAW. perbanyakkan lah ibadah  wajib dan sunat. tetapkan tegas melakukan sunnah rasulullah saw. manusia agung kekasih ALLAH SWT.


kita sebagai manusia, diperintahkan menegakkan solat 5 waktu, menyambung silaturrahim dan taat kepada ibu bapa. di sekeliling kita juga terdapat insan insan yang amat memerlukan perhatian kita dan bantuan kita. maka ringankan lah membanting  tulang membantu pada yang memerlukan. 


semoga setiap bantuan yang kita lemparkan disertai niat yang ikhlas, menyembunyikan kesulitan yang kita alami,ketika memberi bantuan, dan semoga ALLAH SWT Memandang usaha kita dengan redha dan rahmat dari~NYA..


Ramadhan bakal tiba lagi. di kali ini, saya menyambut dalam keadaan yang tiada daya apa apa. terus terusan bertawakkal kepadaa ALLAH SWT yang maha Berkuasa.


sudah menginjak ke umur 25th, saya masih insan yang terlalu kerdil, yang terbatas penglihatan, pendengaran malahan pergaulan.


AKu, sekadar insan biasa, manusia biasa, anak yang biasa... yang hanya layak berpijak di jalanan berdebu, sekadar menghirup bekas bekas yang ditinggalkan ..........


tetap juga aku tiada punya apa apa,
selain ingatan kepadaNya...
ingatan kepadaNYA..


Ampuni aku,  


YA ALLAH YA RAHMAN 
YA RAHIM....


~KR~

Tuesday, 12 July 2011

keluhan

ohh,
begini lah rasanya bila kita berada dibawah.
kita dipijak, di lempar kekesatan kata kata.


aku menjadi penganggur.. ??
iya, aku penganggur.. disaat ramadahn berkunjung tiba. disaat syawal berkira2 berkunjung sama. aku menganggur..
baiklah, ini takdir rasanya.
bukan tak pernah aku menghadapi masalah ini. tapi kali ni, terasa menyiat hati perasaan dalam dada.


harapan dalam minda, masih kuat berkata, ada hikmat dalam segala.
ada rezeki dimerata rata.
tapi yang harus aku akui, tekanan masih tak kendur........
jiwa masih merasa siksa.


tekanan pejabat,
andai mewah nilainya, andai bernilai tawarannya,
ia masih tidak mampu menandingi keselesaan persekitaran yang dinginkan.
malah menjadi wabak , yg merossakkan prestasi kerja.


aku bukan demand jawatan bos, walhal aku pun seorang bos.
aku bukan berlagak menjadi "abang besar" @ pegawai besar, walhal memg aku sendiri berpangkat tinggi.


tapi yang aku inginkan adalah keselesaan membuat kerja.
aku tak pernah merasa balik pukul 5 atau 6, selain keluar pejabat dalam jarak 7 malam ke 8 malam.


bersengkang mata lagi mengerah fikiran menghasilkan idea2 bernas untuk memasarkan produk perkhidmatan terbaik utk syarikat sehingga menjangkau masa 3 pagi sejak berminggu2 lalu.


lantas apakah ada byk masa utk aku merehatkan diri...? cukupkah tidur..?


tawaran pejabat amat menggairahkan hati bg yg terliur dgn promosi serta imej nya. tapi selak lah di BAHAGIAN BELAKANG nya pula. kalain nanti faham apa perkara yang dilihat mata.


dipejabat, akulah kerani, akulah ofis boy, akulah account, aku lahh segala clerk, akulah it designer, akulah it technician, akulah lagi yg mengawali seluruh pejabat.


manakah ada ruang utk berehat.. ?


manakala sang pemilik sedang bersibuk2 dgn urusan entah apa.
sentiasa sedia menyalahkan andai ada kesilapan.


masakan mampu aku buat seluruh kerja dalam suatu masa.
bukankah terhad juga pengalaman aku,
tenaga aku, tidurku, solatku.. ??


baiklah,
untuk kali ini, wahai sang pemilik, kau cari peserta baru dlm pejabatmu,
biarkan aku menyambung tradisi bekas2 pekerja kamu, yang baru2 ini berhenti 4 orang dlm sekelip mata..


kau takkan bisa berubah.
malah kau semakin angkuh bernada kata kata.


kau berkata, kaulah segalanya, tapi pada fikiran ku, kau lupa pada siapa yang menjulangmu, suatu masa lalu, sehingga dimana kau mampu berdiri dan melihat dunia ini dgn penuh kehebatan mu...


Dan aku.. ?


aku akan kembali ke jalanan, membawa obor2 perjuangan, menitip akhirat, disamping mencari sedikit makan, buat menyambung nyawa, hingga ke suatu masa, aku kembali ke dakapan sisi TUHANku yang Maha Mulia & Adil .....


Muhd Khairi Rezza.
coretan dua puluh lima tahun umur.

Sunday, 3 July 2011



Assalamualaikum Wbt

Bismillahirahmanirrahim..
selawat serta salam kepada baginda junjungan mulia Rasulullah saw, keluarga baginda, sahabat sahabat, pengikut serta umat umat baginda diseluruh dunia, yg menjejak baginda hingga ke akhir hari nanti.


alhamdulillah, akhirnya sampai juga saya kesini, bertujuan tiada lain hanya berkenal kenalan, berkongsi, serta belajar sesuatu disini. sebenarnya, hidup dgn kekangan masa dizaman kita hari ni, segalanya tampak pantas, tetapi, banyak perkara harus dilaksana semua. dan bukan mudah melakukan semua kerja, dalam pula mengejar seribu perkara. bak kata tuan guru saya, orang sibuk mampu melakukan semua kerja, berbanding yang sentiasa berlengah membuang masa, memberi alasan terhadap sesuatu perkara dan akhirnya segalanya menjadi tertunda.


saya agak berat hati bila dulu, dilamar oleh kawan kawan untuk berbicara dilaman blog milik sendiri. kerana kekangan masa, menyebabkan segalanya tampak jauh untuk dilaksana, walupun kita sebenarnya mampu membuat apa saja . apatah lagi blog2 begini hanya sekadar dihujung jari.


Ahh, tapi aku tetap malas untuk berbicara disini. ahahaa.


apa apa pun, saya cuba mencari yang terbaik mungkin untuk dikongsi.
cuba mencari yang sehikmah mungkin untuk kita sama sama pelajari,
dan mencari yang berharga sekali dalam kehidupan yang kita tiada tahu mana hujung akhirnya ini.


sebagai post yang pertama, tanda pengenalan kita,  tanda perkongsian kita, saya berharap blog saya nanti yang masih kosong ini akan dilawati anda semua (ayat standard, hehe)..


tinggalkanlah sepatah dua kata, sebaris dua perkara berharga, atau apa apa saja, yang impaknya mampu membawa kebaikan kita semua. insyaALLAH


Assalamualaikum wbt.. salam sejahtera,