setiap orang, semuanya melalui duka dan gembira segalanya..
segalanya sama ada mahu atau tidak, terpaksa menerima .. tidak ada yang terkecuali.
kadang kadang, kita melihat setiap yang berlaku adalah dari tangan kita sendiri, iaitu hasil perbuatan kita sendiri. tapi, kita tak melihat dari suatu sudut, yang segala setiap yang terlintas atau terdetik di hati untuk lakukan setiap perbuatan,
itu datang nya dari ALLAH SWT.
Dialah yang maha mengetahui sedalam mana hati kita melakukan & menerima setiap perbuatan..
Akan kebanyakkannya, yang baik itu datang dari ilham atau perancangan ALLAH sendiri. Dia tak menzalimi hambaNYA. malah amat menerima Taubat setiap hambaNYA yang datang dalam keadaan penuh dosa2. selagi nafas belum terhenti, selagi hayat masih ada, Dia tetap menerima taubat hamba hambaNya..
walaupun sebesar bumi dosa, walau sekecil hama dosa, Dia akan menerima taubat dan Mengampunkan semuanya...
oleh demikian, serulah namNYA yang 99, dan taat lah apa yg diperintahkan melalui AL Quran dan lidah RasulNya Muhammad SAW. perbanyakkan lah ibadah wajib dan sunat. tetapkan tegas melakukan sunnah rasulullah saw. manusia agung kekasih ALLAH SWT.
kita sebagai manusia, diperintahkan menegakkan solat 5 waktu, menyambung silaturrahim dan taat kepada ibu bapa. di sekeliling kita juga terdapat insan insan yang amat memerlukan perhatian kita dan bantuan kita. maka ringankan lah membanting tulang membantu pada yang memerlukan.
semoga setiap bantuan yang kita lemparkan disertai niat yang ikhlas, menyembunyikan kesulitan yang kita alami,ketika memberi bantuan, dan semoga ALLAH SWT Memandang usaha kita dengan redha dan rahmat dari~NYA..
Ramadhan bakal tiba lagi. di kali ini, saya menyambut dalam keadaan yang tiada daya apa apa. terus terusan bertawakkal kepadaa ALLAH SWT yang maha Berkuasa.
sudah menginjak ke umur 25th, saya masih insan yang terlalu kerdil, yang terbatas penglihatan, pendengaran malahan pergaulan.
AKu, sekadar insan biasa, manusia biasa, anak yang biasa... yang hanya layak berpijak di jalanan berdebu, sekadar menghirup bekas bekas yang ditinggalkan ..........
tetap juga aku tiada punya apa apa,
selain ingatan kepadaNya...
ingatan kepadaNYA..
Ampuni aku,
YA ALLAH YA RAHMAN
YA RAHIM....
~KR~
No comments:
Post a Comment