Sunday, 31 July 2011

Energi Zikir & Karramahnya




Dalam firmanNYA, ALLAH SWT mengingatkan dan menjelaskan, bahawa sesungguhnya orang yan g berzikir itumendapat keuntungan yang besar. ALLAH SWT bukan memberi penjelasan dengan tujuan untuk menipu kerana DIA terpelihara dari sifat-sifat keji. JanjiNYA adalah tepat dan benar. Sudah tentu orang yang mengingatiNYA (berzikir) akan mendapat keuntungan dan pahala besar, baik didunia ataupun akhirat.
ini sebagaimana dijelaskkan ALLAH SWT didalam Al Quran yang bermaksud:


"sesungguhnya berjayalah orang yang (setelah menerima peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang  (dengan khusyuk)


                                                                                  (Al-A'laa : 14-15)


Berikutan dengan peringatan, sudah tentu kita mahu mengetahui apakah keuntungan yang dijanjikan itu. sudah menjadi fitrah manusia, mengharapkan penjelasan terhadap sesuatu yang dijanjikan serta mahukan huraian yang memnuaskan sebelum mereka cenderung untuk menerimanya.


seperti perihal  zikir, semua manusia mahu tahu kedudukannya yang sebenar. apa maksud keuntungan itu.. ? cuma yang menjadi masalah, apabila mengetahui ia membawa keuntungan, manusia dengan tiba tiba menjadi rajin untuk melakukan sesuatu. apakah janji itu hanya pancingan untuk meransang manusia agar rajin mengingati ALLAH SWT..??


dalam perkara ini, harud diingatkan, janganlah setelah tahu ada keuntungan yang bakal diperolehi, kia menjadi rajin dan berharapkannya. kita menanti keuntungan itu dengan berzikir. jika begitu,bermakna kita sudah tidak ikhlas dalam beramal. keadaan itu merosakkan tujuan amal ibadah dan atlamat amalan kita (berzikir). padahal kita diperintah secara ikhlas seperti firmanNya bermaksud :


"Dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNYA semata mata."
                                                                            (Al-A'raf:29)


Sebenarnya, banyak rahsia dan keuntungan yang bakal diperolehi oleh seseorang yang kuat berzikir kepada ALLAH SWT. keuntungan itu satu realiti yang tidak boleh dinafikan, antaranya ialah hati menjadi tenteram seperti yang dinyatakan didalam AL Quran yang bermaksud:


"ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang dan tenteramlah hati manusia"
                                                                            (Ar-Ra'd:28)


A. MENYEBERANGI SUNGAI LADUNNI


disini akan diterangkan mengenai "hakikat" atau rahsia peribadi yang diperolehi olehh seseorang yang berzikir. lebih tepat lagi ialah rahsia rahsia kerohanian dan juga menyeberangi 'Sungai Ladunni' oleh seseorang yang telah sampai ke makam zikir  yang sebenar.


Zikir menyucikan diri seseorang. dengan pengalaman itu, kita dapat mengerti bahawanatijah sesuatu zikir  itu bukan setakat mengawal manusia agar betul dan bergerak di atas paksi Tauhid semata mata. Tetapi ia bertujuan  untuk mempastikan kita agar sentiasa mengingati dan berikhtiar untuk melekatkan diri kita dengan sifat sifat yang  ada pada ALLAH SWT.


peranan zikir sebenarnya lebih jauh dari itu. Ia merupakan penawar bagi mengubat, membersih, menyuci dan menggemukkan batin dan yang paling penting, ia membuka "Nur Qalbi" serta menghancurkan ketulan darah kotor yang bergantung dihujung jantungm yang dinamakan "ISTANA IBLIS"


itu peranan yang lebih penting, kuasa yang ada kepada zikir boleh menrangi seluruh hati kita dengan cahaya ALLAH SWT (NURULLAH). ini akan berlaku apabila kita sudah memperolehi apa yang dinamakan "PIALA ZIKIR"


B. PENGLIHATAN (BASIRUN) DAN PENDENGARAN (SAMI'UN)


Apabila batin kita sudah diselimuti dengan zikrullah, maka seluruh batin akan cerah dan berfungsi baik seperti malam yang diterangi bulan purnama. orang yang mencecah kepada zikir itu akan memperolehi mata batin (basirun), telinga batin (Sami'un) dan sebagainya.


apabila hati sudah diterangi cahaya ALLAH SWT, maka batin akan berfungsi dan dikala ini kita akan dapat memakrifatkan kepada ALLAH SWT. proses pemancaran cahaya zikir itu seperti proses pemancaran cahaya matahari yang tertimpa ke bulan  dan (refleksi) cahaya yang nyaman, lembut, dan romantik ke bumi.


Apabila sampai ke tahap ini, seseorang ahli zikir dapat mengetahui sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh mata , dapat ditangkap oleh mata batinnya, sesuatu yang tidak dapat didengar  oleh telinga tapi boleh didengar oleh telinga batin dan begitulah seterusnya.


keistimewaan mereka yang sudah dapat menguasai hakikat zikir ini menyebabkan dia dapat mendengar dan faham segala gerak geri alam, haiwan, serangga dan juga desiran daun kayu, ombak, hembusan angin dan sebagainya. Orang yang menduduki makam ini juga kadangkala bercakap sendirian (walhal sebenarnya dia bercakap dengan isi alam).


matanya dapat melihat pada waktu malam atau dikala alam gelap gelita. Dirinya dapat mengetahui sesuatu yang berlaku meskipun sebenarnya dia sedang tidur.


Dia juga mendapat maklumat tepat mengenai apa apa yang akan berlaku ke atas dirinya dan dunia dalam sekitar tempoh 40 hari seperti tarikh kematiannya. Pendeknya, segala rahsia ALLAH SWT yang tidak dapat disingkap olehh anggota dapat disingkap melalui batinnya.


keistimewaan ahli zikir yang sampai  ke peringkat itu bukan setakat itu sahaja, malahan dia dapat bertahan lapar, haus dan menahan sakit dan penderitaan zahir yang lain.


tubuh mereka menjadi kebal daripada sakit  dan pedih. zikir itu sebenarnya menjadi penebat pada tubuh mereka. kerana itulahh kita mendengar ada para wali wali ALLAH SWT yang tidak makan bertahun lamanya, sesetengahnya pula meriindui kesakitan dan kematian.


seseorang wali ALLAH SWT yang telah sampai ke peringkat zikir yang memencahkan rahsia mampu hidup beribu tahun tanpa makan minum.  kisah atau hakikat ini bukan dongengan atau satu kempen mendorong kita untuk memiliki ilmu zikir, tetapi merupakan  satu kenyataan yang diberitakan dalam AL Quran.


C. ZIKIR MAKRIFAT.


Demikian juga dengan apa yang berlaku keatas para Nabi. Mereka memperolehi kelebihan,  keistimewaan dan kemuliaan, (karamah) kerana mereka benar benar menguasai "ZIKIR MAKRIFAT". Nabi Ibrahim walau dicampak dalam api, namun ia tidak sedikit pun mencederakan jasad baginda walau seurat bulu roma sekalipun.


NAbi Nuh a.s, walau seluruh kaumnya mati kelemasan akibat banjir besar, tetapi baginda tetap selamat. zikir zikir Nabi Nuh as, menyebabkan air tidak masuk ke dalam bahteranya


   Demikianlah hikmah dan rahsia zikir sehingga ia menjadikan seseorang itu dikurnia karamah baginya dan kelebihan yang jarang diberi hak milik kepada orang ramai.


walau bagaimanapun, suka saya ingatkan , jangan kita berzikir semata mata mengharap segala karramah atau perkara perkara yang luar biasa itu. niat sebegitu adalah melencong, takinlah, kalau kita melakukannya dengan niat tersebut, segala yang kita hajati itu tidak akan tercapai.konsep dalam beramal ialah tidak boleh ghairah dan mengharapkan apa apa ganjaran.


Tambahan pula, berzikir demi mengharapkan sesuatu akan mengganggu keihklasan. amalan yang tidak ikhlas tidak membawa sebarang makna dan membuat amlan kita itu menjadi sia sia pula.


sebaliknya, berzikirlah untuk menunaikan kewajipan kita terhadap ALLAH SWT dalam usaha untuk "kamil-mukammil" denganNYA.


keramat atau kemulian itu datang tanpa kita sedar.

No comments:

Post a Comment